Cerita ‘alasan hutang negara’ ini, Awang tertarik dengan hujah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Disember lalu. Kata Daim: “Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan.”

“Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan.”

Awang cukup pasti rakyat akan menolak PH sekiranya gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya.

Waima apa pun, menteri-menteri PH harus menggalas tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. Sekiranya tidak, pembangkang akan menjuarai isu berkenaan.

Tanda arasnya - keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, baru-baru ini dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lepas.

AWANG - Sudah lunas hutang.