Pada masa yang sama nilai harta dan kekayaan umat Islam juga berada di tahap lebih rendah berban­ding harta milik bukan Islam.

Selain harta di dalam akaun bank dan insurans yang tidak dituntut, turut menyumbang ialah aset yang dibekukan disebabkan masalah faraid selepas kematian pemilik. Situasi ini perlu diberi perhatian serius kerana nilainya semakin meningkat berbanding pada tahun 2007 sebanyak RM40 bilion dan RM52 bi­lion pada tahun 2012.

Pembekuan itu amat merugikan kerana aset berkenaan tidak dapat digunakan serta gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru, satu gerakan kesedaran amat perlu dilakukan lebih-le­bih lagi faktor penyumbang kepada pembekuan itu adalah di­sebabkan sikap tidak ambil peduli menguruskan harta semasa masih hidup.

Ada juga yang mendakwa kos pengurusan harta pusaka terlalu tinggi. Terdapat juga waris yang tidak tahu proses tuntutan, gagal mencapai kata sepakat dan tidak faham mengenai hukum faraid.

Awang percaya, terdapat waris yang hidup senang lenang meng­anggap harta ‘sekangkang kera’ yang ditinggalkan tidak perlu bagi mereka. Hakikatnya harta itu yang telah membesarkan mereka perlu dihargai. Jika tidak perlu, elok wakafkan sahaja supaya le­bih bermanfaat kepada pemilik harta yang telah meninggal dunia.

AWANG – Tidak ada banyak harta.