Isu racun ini bukan isu kecil. Ia memerlukan perhatian khusus dan tindakan segera kerajaan dalam menanganinya.

Ini memandangkan tindakan sesetengah petani menggunakan racun tersebut adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Perbuatan mereka meletakkan nyawa pengguna dalam bahaya dan jika dibiarkan boleh memberikan kesan amat buruk kepada industri pertanian negara.

Oleh itu Awang menggesa pihak berkuasa untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi menghapuskan penggunaan racun tersebut.

Kita sama sekali tidak boleh berkompromi dengan petani tamak seumpama itu dan mereka yang bersalah harus dikenakan hukuman seberat-beratnya. Awang yakin kementerian berkenaan mempunyai keupayaan bagi membanteras gejala ini.

Jangan biarkan petani terlibat begitu ghairah mengaut keuntungan tetapi kesudahannya orang lain yang menderita.

Awang - Makan sayur.