Ini bukan kali pertama, pemimpin yang berlainan fahaman politik boleh duduk bersama atas nama kemanusiaan dan juga Islam. Langkah ini diharap membuka mata semua pihak di samping meneruskan usaha diplomatik.

Awang berharap, semangat perpaduan seumpama ini tidak berakhir di situ sahaja. Banyak lagi isu yang memerlukan persefahaman bersama. Hanya dengan menunjukkan perpaduan seumpama ini, pihak musuh malahan negara luar dapat melihat Malaysia benar-benar serius dalam menghadapi isu-isu berkaitan kepentingan bersama. Tunjukkan bahawa tindak-tanduk kita bukan bertujuan politik atau kepentingan diri sebaliknya untuk mewujudkan kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni.

Diharapkan, suara rakyat Malaysia semalam dapat didengar oleh kerajaan Myanmar. Sekali lagi diingatkan, ini bukan soal campur tangan tetapi matlamatnya agar kekejaman dan penindasan dihentikan segera.

AWANG - Isi Tabung Rohingya Utusan - TH