Peguam Negara perlu menjelaskan berhubung keputusan menarik balik pertuduhan itu memandangkan kes itu sudah berjalan. Keputusan itu boleh merosakkan integriti institusi Peguam Negara dan rakyat tertanya-tanya sama ada Guan Eng bersalah atau tidak.

Rakyat kini meletakkan harapan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk mempertahankan integriti badan itu.

Jika pada pusingan pertama beliau amat berani mempertahankan SPRM ketika berdepan tekanan polis dan Peguam Negara sewaktu siasatan kes 1MDB, apakah keberanian itu hilang kerana ‘disogokkan’ dengan jawatan sekarang?

SPRM jangan sekadar terkejut dan membiarkan episod dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertinggi berakhir begitu sahaja. Rakyat mahukan keadilan demi mempertahankan keluhuran undang-undang dan bukannya mengamalkan undang-undang rimba.

Awang juga berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad campur ta­ngan berhubung konflik ini. Beliau yang turut terkejut perlu memberi perhatian terhadap kes berprofil tinggi ini. Jangan apabila rakyat termiskin mendapat BR1M dikatakan rasuah tetapi setelah dilantik sebagai Perdana Menteri atas ihsan DAP, maka kes Setiausaha Agung parti itu digugurkan.

AWANG – Tunggu reaksi Majlis Peguam.