Pemandu-pemandu ini cuba memberi tekanan kepada Awang untuk memandu laju, sedangkan mereka seharusnya faham dan mematuhi had laju yang ditetapkan ditambah pula dengan papan tanda peringatan tentang kamera AES yang beroperasi kira-kira satu kilometer di hadapan.

Namun, Awang perhatikan ada sahaja kenderaan yang berjaya dirakam oleh kamera berkenaan kerana dipandu laju. Mereka ini seolah-olah tidak kisah atau tidak ambil peduli dengan ­sistem itu.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron menggesa agar pesalah-pesalah trafik di seluruh negara yang telah dikenakan saman melalui kamera AES supaya segera menjelaskan kompaun mereka sebelum tindakan mahkamah dikenakan dan lesen mereka boleh disenaraihitamkan.

Bagi Awang, jika pesalah trafik ini berani melanggar peraturan jalan raya, maka mereka sepatutnya sudah awal-awal lagi menyediakan peruntukan untuk membayar denda itu. Tidak perlulah ­bising-bising dan mengeluh. Itu adalah pilihan sendiri apabila dikira bersedia untuk disaman ketika memecut ­kenderaan. Yang menghairankan Awang, mengapa mesti buang-buang duit jika ia boleh sahaja dielakkan dengan sedikit kesabaran.

AWANG - Elak kena saman.