Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah memberikan sedikit gambaran bahawa bajet kali ini ada ‘berita gembira’ dan penambahbaikan untuk 1.6 juta kakitangan awam.

Awang percaya sebagai kerajaan yang sentiasa peka mendengar denyut nadi dan keluh-kesah rakyat, bajet ini akan mengambil kira segala pandangan, pendapat dan cadangan yang telah diberikan oleh orang ramai menerusi pelbagai forum dan platform.

Awang juga percaya tumpuannya masih kepada usaha menjaga kebajikan hidup rakyat. Isu-isu berkaitan peningkatan kos sara hidup, keperluan perumahan bagi golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana serta pelbagai bantuan sara hidup untuk golongan yang sama sudah pasti menjadi keutamaan.

Pada masa sama Awang juga percaya, bajet kali ini tidak melupakan kumpulan-kumpulan lain yang selama ini menjadi pe­nyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi negara.

Awang – Yakin banyak berita gembira.