Sudah ada kes kematian dilaporkan dan terdapat sekolah dan banyak taman asuhan kanak-kanak (taska) telah ditutup di beberapa buah negeri bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Justeru Awang berharap selain pemantauan pihak Kementerian Kesihatan, setiap ibu bapa perlu berhati-hati dengan memberikan perhatian yang lebih kepada soal kebersihan dalam mengambil langkah-langkah pencegahan.

Dapatkan maklumat selengkapnya mengenai penyakit ini yang boleh didapati dalam internet. Jangan ambil remeh atau mudah tentang simptom-simptom yang terdapat pada anak seperti demam dan langkah tidak terlalu mendedahkan anak-anak di tempat-tempat awam termasuk pusat beli-belah buat sementara ini juga patut difikirkan untuk mengurangkan risiko.

Seingat Awang, penyakit jangkitan virus ini sudah beberapa kali me­lan­da negara. Ini bermakna kita sudah ada pengalaman dalam mengambil langkah-langkah perlu. Memang mana-mana pihak tidak perlu men­cetuskan rasa panik. Tapi peringatan perlu sentiasa diberikan dan per­kembangannya juga perlu diketahui ramai. Ini melibatkan soal nyawa.

AWANG – Kebersihan bermula dari rumah.