Seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, pelaksa­naan Maqasid Syariah juga berjaya membantu umat Islam ter­utamanya masyarakat Melayu memperbaiki kedudukan ekonomi mereka supaya tidak terus ditinggalkan oleh kaum-kaum lain.

Contohnya, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang pada peringkat awal penubuhannya menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Melayu.

Memang diakui, ada pihak ketika itu yang meragui ­peranan PNB tetapi hasil pandangan golongan ulama, masyarakat Me­layu diberikan keyakinan untuk menyokong agensi pelaburan itu. Kini sistem ekonomi negara secara konvensional juga semakin bertepatan dengan Maqasid Syariah.

Awang juga setuju bahawa kejayaan itu adalah hasil hubungan erat golongan agamawan dan kerajaan yang sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan teguran. Harussani sendiri pernah memberi pandangannya kepada kepemimpinan negara.

Bagaimanapun tidak semua cadangan atau perubahan boleh dilakukan serta merta. Apa yang penting kepemimpinan bersedia mendengar dan berusaha memperbaiki keadaan supaya akhirnya apa yang dilakukan memberi impak kepada rakyat.

AWANG – Tahniah kepada Harussani.