Sememangnya di bawah kepemimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kesungguhan memerangi gejala judi haram semakin ketara dan bukannya sekadar amaran.

Awang percaya arahan Mazlan akan mampu menangani masalah tersebut kerana Kuala Lumpur dan Selangor adalah antara negeri yang dikatakan menjadi ‘lubuk’ kepada ‘taiko-taiko’ menjalankan aktiviti tersebut.

Justeru Awang berharap, ketua-ketua polis negeri lain juga akan mencontohi apa yang dilakukan oleh Mazlan bagi meningkatkan komitmen pasukan itu memerangi gejala judi habis-habisan.

Dalam masa sama, gerakan menghapuskan sindiket itu bukan sahaja perlu ditumpukan kepada dalang sahaja, tetapi juga ‘orang te­ngah’ yang Awang yakin turut memainkan peranan besar dalam ke­giatan haram berkenaan.

AWANG – Tahniah Polis Kuala Lumpur.