Kemeriahan PRU ini bermula pada awal pagi sehingga ke lewat tengah malam. Jika ada yang menganggapnya sebagai ‘pesta demokrasi’ maka raikannya. Bagaimanapun usah terleka dengan pelbagai kata-kata atau ucapan yang ‘mengasyikkan’.

Hayatilah setiap ucapan orang politik dan buatlah penilaian sebaik mungkin. Ingatlah tempoh singkat semasa kempen jangan dianggap sebagai ‘hiburan’. Apa yang lebih penting ialah tanggungjawab untuk memilih kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

Kemeriahan PRU akan berakhir pada 9 Mei ini. Apa yang tinggal kemudiannya adalah sebuah kerajaan yang dipilih oleh pe­ngundi. Kepada pengundi-pengundi, jangan mudah terpengaruh dengan penampilan semua tokoh-tokoh tertentu yang sengaja mahu memburukkan kerajaan.

Awang percaya, pengundi mampu membuat penilaian sewajarnya. Sokongan berasaskan simpati tidak akan membawa hasil yang baik malahan memudaratkan. Nilailah pelbagai maklumat yang disogokkan sama ada melalui kempen atau manifesto parti. Buruk baik sesuatu itu juga tidak boleh dinilai hanya berdasarkan sambutan majlis. Jangan kalah jadi abu menang jadi arang.

AWANG – Bimbang kemunculan batu api.