Bagi mematuhi undang-undang, semua pihak perlu akur de­ngan arahan itu. Persoalannya kenapa setelah begitu lama per­khidmatan ini beroperasi dan mendapat perhatian masyarakat, tiba-tiba diharamkan. Alasannya tidak ada bukti saintifik yang menyokong manfaat terapeutik penggunaannya bagi sebarang penyakit. Rawatan ini juga tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia.

Membaca promosinya, terapi ozon ini didakwa memberi ba­nyak manfaat perubatan dan digunakan secara meluas di beberapa negara di dunia. Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang telah menggunakan perkhidmatan ini serta jumlah premis atau pusat perubatan yang menawarkannya kepada pesakit.

Kementerian Kesihatan perlu melakukan sesuatu terhadap apa juga kaedah rawatan yang diperkenalkan agar benar-benar selamat. Lazimnya orang akan mencari pelbagai alternatif untuk kesihatan mereka termasuk terapi ozon.

Awang percaya, ramai beranggapan, sesuatu perkhidmat­an itu diluluskan oleh kementerian selagi tidak diisytiharkan berbahaya. Begitu juga pelbagai produk yang sudah diterima masyarakat tetapi ditarik balik disebabkan kesan buruknya.

AWANG - Mahu tindakan segera.

BISIK-BISIK