Jelaslah, kerajaan tidak melupakan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah yang selesa. Kerajaan tidak bercakap kosong untuk mengatasi perumahan rakyat. Pelbagai skim diperkenalkan seperti PPR, konsep Sewa-Beli, Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MYhome dan Skim ­Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit.

Banyak juga projek pembangunan semula rumah pangsa yang tidak selesa dibangunkan dengan keluasan yang lebih selesa serta dilengkapi pelbagai kemudahan. Nilai rumah baharu ini juga melonjak berlipat kali ganda berbanding unit terdahulu.

Bagi yang tidak mampu, kerajaan turut memberikan subsidi RM30,000 untuk membeli rumah berharga RM300,000 ke bawah dan difahamkan RM178 juta dimanfaatkan oleh 34,000 pembeli.

Awang juga berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan membantu memulihkan projek terbengkalai bagi meringankan beban pembeli rumah swasta. Sejak tahun 2009 sehingga kini, sebanyak 262 projek perumahan terbengkalai dan kerajaan tidak berpeluk tubuh membiarkan pembeli ternanti-nanti rumah mereka siap. Kepada pemaju swasta jangan ambil kesempatan keprihatinan kerajaan ini.

AWANG – Tumpang gembira di Residensi Kerinchi.