Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 4 JANUARI 2017

AWANG ingin merujuk beberapa insiden yang menarik perhatian ramai pada awal tahun ini untuk mengajak semua pihak memikirkan soal undang-undang dan peraturan. Tanpa bermaksud mahu menyekat sebarang aktiviti lasak khususnya anak-anak muda, setiap sesuatu yang hendak dilakukan perlu mengikut peraturan.

Selain tidak membahayakan diri dan orang lain, janganlah begitu mudah menceroboh premis yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak tertentu semata-mata atas nama rekreasi.

Merujuk kepada aksi-aksi berbahaya di Ipoh baru-baru ini, tentunya pelaku akan rasa puas kerana impiannya tercapai. Bagaimana pula jika sebaliknya mereka gagal? Sudah tentu ada pihak yang akan dipersalah dan dipersoalkan mengenai tahap kawalan keselamatan dan bagaimana orang luar boleh menceroboh masuk kawasan berkenaan.

Dalam banyak perkara, kita selalu mencari salah dan menuding jari apabila malang sudah berlaku. Contohnya nahas bas ekspres di Johor dan letupan bunga api di Selangor. Bak kata orang Sudah terantuk baru tengadah atau Sudah kalah baru berkubu.

Awang dan semua pihak tentunya sedar, selepas kejadian, pelbagai pihak akan mencari silap di sana sini. Hakikatnya, kita ada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Masalahnya ramai yang memandang ringan atau ambil mudah.

AWANG - Patuh undang-undang KDN.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain