Rangka Tindak itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan untuk membela anggota tentera dan keluarga mereka. Lima program utama yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 anggota, veteran dan keluarga mereka.

Salah satu program yang menarik ialah Satu Anggota Satu Rumah (SASaR). Diharapkan setiap anggota dapat memiliki rumah sendiri kerana perumahan adalah satu keperluan .

Program membaiki rumah golongan veteran juga dapat me­ringankan beban bekas anggota ATM.

Difahamkan Rangka Tindak ini adalah hasil perbincangan me­lalui makmal perumahan yang dibentuk oleh kementerian tidak lama dulu. Jelaslah, program ini bukan agenda bermusim tetapi sesuatu yang konsisten bagi menghargai anggota ATM.

Awang berharap, Rangka Tindak itu dapat menepis segala tohmahan oleh pihak pembangkang berhubung peranan kerajaan bagi menghargai pengorbanan anggota ATM. Banyak program yang dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan anggota tentera dan veteran. Hakikatnya, kerajaan serius membantu mereka dan tidak mengabaikan kebajikan golongan ini.

AWANG – Rumah jadi keutamaan.