Apa pun jawatan yang dipegang, kesetiaan golongan pekerja itu amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan prinsip kesetiaan kepada majikan dalam kalangan pekerja di sektor swasta.

Dengan semangat kesetiaan itu, mereka mampu membantu 'majikan’ menguruskan institusi dengan baik seterusnya mencatatkan kejayaan. Justeru, buanglah sikap ego ketika menjalankan tugas. Elakkan sikap mementingkan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu.

Amanah yang dipertanggungjawabkan perlu dipikul dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai penyelewengan atau pengkhianatan terhadap 'majikan’. Gejala rasuah juga perlu dielakkan.

Setiap kakitangan atau pekerja sama ada di sektor awam atau swasta perlu mempunyai integriti.

Awang bagaimanapun ingin mengingatkan bahawa kesetiaan yang tidak berbelah bahagi itu bukanlah bermakna mereka tidak boleh menegur kepincangan yang berlaku.

Setiap tugas perlu mengikut peraturan atau rule of law yang ditetapkan. Jika sesuatu tindakan itu terkeluar daripada landasan yang dibenarkan, mereka bertanggungjawab untuk menegur bukannya bersubahat.

AWANG – Setia di Utusan Melayu.