Buku berkenaan yang dijadual diterbitkan hujung tahun ini dapat menjadi panduan kepada sekolah-sekolah tahfiz untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan akta yang berkaitan.

Langkah itu juga amat bertepatan dengan Bajet 2018 yang memperuntukkan RM50 juta bagi penyelenggaraan sistem penda­waian di sekolah atau pusat maahad tahfiz. Peruntukan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Langkah-langkah penambahbaikan tidak seharusnya terhenti di situ sahaja.

Banyak lagi yang perlu dilakukan khususnya perkara termasuk berkaitan aspek keselamatan di bangunan atau sekolah berkenaan. Ciri-ciri keselamatan bangunan perlu diutamakan. Pengalaman lalu perlu dijadikan panduan.

Awang juga berharap para pelajar didedahkan dengan langkah-langkah yang perlu diambil ketika berhadapan dengan situasi kecemasan termasuk kebakaran. Cukuplah dengan pelbagai insiden duka sebelum ini yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda sekolah berkenaan. Apa yang penting kita perlu berusaha dan berikhtiar bagi mengelakkan tragedi berulang.

AWANG – Periksa pendawaian di rumah.