Sebagaimana dirancang yang kita semua nantikan, kejayaan itu diraikan bertepatan dengan sambutan hari kemerdekaan. Melalui KL2017, rakyat Malaysia telah membuktikan Malaysia Boleh.

Temasya sukan Asia Tenggara ini sekaligus telah memaparkan wajah sebenar Malaysia.

Di mana juga venue, atlet dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menyatu dalam apa jua suasana sama ada kegembiraan mahupun kekecewaan.

Sukan SEA Ke-29 ini telah menjadikan sambutan Hari Kebangsaan yang begitu berbeza, sangat bermakna. Awang pun tidak pernah merasai semangat seperti dirasakan pada 31 Ogos kali ini.

Tidak pernah terbayang, lagu Negaraku berkumandang 145 kali, di semua venue acara KL2017. Tahniah atlet-atlet Malaysia, Tahniah rakyat Malaysia yang sentiasa teguh mempertahankan kepelbagaian yang kita ada.

AWANG – Jalur Gemilang di dadaku.