Tanya Awang kenapa? Tak apa, asalkan ada RM400 ini, rezeki yang datang menjelang Aidilfitri.

Bantuan khas perayaan untuk kakitangan sokongan sepertinya itu meskipun kurang sedikit berbanding diterima tahun lalu dan tidak juga menyeluruh meliputi 1.6 juta penjawat awam, masih tetap disambutnya dengan rasa syukur.

Malah, rakan Awang ini juga menarik nafas lega akhirnya Kabinet semalam turut memutuskan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar sama.

Janji ada bonus yang sekurang-kurangnya ‘menyuntik sema­ngat’ untuk beraya.

Cuma Awang kembali insaf apabila teringat nasib kira-kira 17,000 kakitangan yang diberikan notis penamatan kontrak pada 16 Jun ini. Agak singkat tempohnya.

Penamatan kontrak ini termasuklah melibatkan kakita­ngan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Majlis Profesor Negara.

Lantas Awang turut senada dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahawa sepatutnya tempoh notis dibuat lebih lama berbanding sebulan. Ini agar kakitangan terlibat boleh membuat persediaan awal untuk mencari pekerjaan lain.

 

AWANG - Kejar ‘bonus’ Ramadan.