Baru-baru ini pula, timbul cadangan supaya had usia membeli dan menjual rokok dinaikkan kepada usia 21 tahun berbanding 18 tahun ketika ini. Sejauh mana kesannya jika peraturan ini dilaksanakan? Setakat mana pematuhannya?

Kenaikan harga rokok juga bukanlah satu penyelesaian yang terbaik. Realitinya, perokok terus membeli dan lebih parah apabila rokok haram pula dijual secara murah di pasaran gelap atau terbuka. Dalam hubungan ini, penyeludupan rokok perlu diberi perhatian supaya perokok tidak mendapat bekalan yang murah.

Semua agensi penguatkuasaan undang-undang juga perlu berganding bahu untuk memerangi perdagangan rokok haram. Pastikan sempadan negara tidak bolos. Harus diingatkan bahawa kajian menunjukkan pasaran rokok haram telah menguasai pasaran sebanyak 57.1 peratus, iaitu satu kadar yang tertinggi di dunia.

Amat malang, ketika kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan tabiat merokok, pihak lain pula membuka ruang untuk bebas merokok. Kempen kesedaran bahaya merokok juga perlu diteruskan dan undang-undang serta peraturan yang ada diperkasakan. Penguatkuasaan perlu ditingkatkan.

AWANG - Teringat fatwa berkaitan rokok.