Jawatankuasa yang diperkenankan oleh Raja-raja Melayu itu akan melihat semula pengurusan hal ehwal Islam supaya pe­ranannya lebih berkesan demi kepentingan masyarakat Islam. Adalah tidak wajar untuk menutup atau membubarkan mana-mana institusi tanpa melihat kelemahan atau kekurangannya.

Sekiranya berlaku kepincangan atau kekurangan, langkah yang perlu diambil adalah memperbaiki kelemahan supaya ia lebih memberi manfaat kepada agama dan masyarakat Islam.

Berdasarkan keanggotaan mereka yang berpengalaman, jawatankuasa ini diharap dapat mengemukakan cadangan yang boleh memartabatkan agenda Islam serta membantu meningkatkan keberkesanan institusi berkenaan.

Pelbagai pihak juga boleh tampil memberikan pandangan untuk memperkukuhkan peranan institusi ini. Akhirnya harapan kita agar institusi ini tidak dipandang rendah sebaliknya mempunyai peranan yang boleh meningkatkan imej agama dan umatnya.

Awang juga berharap, tumpuan turut diberikan terhadap institusi yang mampu mempertingkatkan ekonomi masyarakat Islam. Masih kedengaran mengenai harta umat Islam terutama tanah wakaf yang terbiar sedangkan ia mampu menjana ekonomi. Begitu juga isu hasil zakat yang tidak sampai kepada golongan sasaran.

AWANG – Tiada kompromi hal ehwal Islam.