Kalaulah apa yang dikatakan oleh Abdul Ghani menjadi ke­nyataan, sudah tentulah ia akan menggembirakan rakyat ketika kos sara hidup dikatakan menjadikan bualan di semua peringkat. Pada Awang, sememangnya wajar jika langkah menaikkan cukai tidak dilakukan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana mahu me­ngurangkan kos sara hidup rakyat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Awang percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak se­perti mana kata Abdul Ghani sedang berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos itu dalam belanjawan tahun depan.

Namun pada masa Awang juga yakin, kerajaan tidak akan melakukan langkah untuk populis seperti mana dilakukan oleh pembangkang yang menjanjikan ’bulan bintang’ semata-mata demi meraih kuasa.

Bajet 2018 sudah pasti akan dibentangkan mengikut kemampuan kerajaan dan paling penting menterjemahkan bajet untuk mensejahterakan rakyat. Sememangnya rakyat menantikan pembentangan bajet itu dan sebagai sebuah kerajaan prihatin serta bertanggungjawab kerajaan di bawah kepemimpinan Najib pasti tahu apa yang perlu dilakukan.

Oleh itu sama-samalah kita menantikan pembentangan bajet tersebut. Lagipun Perdana Menteri sendiri telah meminta rakyat mengemukakan pandangan mereka bagi memastikan suara dan kehendak rakyat dimasukkan dalam bajet itu.

Awang – Bayar cukai