Keupayaan ERC lebih-lebih lagi diketuai oleh Ab. Rashid, bagi Awang tidak sepatutnya dipertikaikan lagi. Beliau berpengalaman luas dalam selok belok pilihan raya setelah berkhid­mat lebih 25 tahun di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebagai Setiausaha dan Pengerusi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, SPR sendiri membuktikan bahawa badan itu dapat mengendalikan pilihan raya dengan adil dan lancar dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun sebelum ini dihujani dengan pelbagai kritikan terutama­nya parti pembangkang.

Dan kini ERC boleh menentukan sama ada SPR perlu dirombak atau diganti organisasi lain. Pun begitu, apa yang penting, pilihan raya selepas ini dapat dikendalikan oleh badan yang dipercayai dan disokong oleh semua pihak, parti pemerintah dan parti pembangkang.

Diharapkan ERC yang dianggotai oleh 15 individu itu dapat mencari jalan keluar terhadap pelbagai masalah yang timbul selama ini. Sasaran ERC, penambahbaikan itu disiapkan dalam tempoh dua tahun dan bersedia diguna pakai semasa PRU-15.

AWANG – Pernah wawancara Rashid di TV1.