Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 30 OGOS 2017

SUKAN SEA Ke-29 (KL2017) banyak mencipta sejarah. Malaysia muncul juara KL2017. Pungutan pingat emas jauh melebihi sasaran, terbanyak dalam sejarahnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menempa nama sebagai menteri pertama menyertai Sukan SEA. Semalam, pasukan polo beliau pula berjaya meraih emas.

Satu lagi pencapaian ialah Malaysia telah membuktikan kemampuan menganjurkan acara besar bertaraf dunia dengan ja­yanya walaupun peruntukan agak terhad.

Secara keseluruhannya bagi Awang, Malaysia layak dinobatkan sebagai tuan rumah terbaik kepada temasya sukan 11 buah negara ini.

Semua pencapaian ini mampu diraih hasil sokongan padu rakyat Malaysia. Dengan bersatu hati dan semangat Bangkit Bersama, jelas Malaysia mampu melakukan apa sahaja yang diimpikan.

Harapan Awang, jangan berhenti di sini sahaja. Ayuh anak-anak Malaysia teruskan langkah meraih kejayaan. Memang bukan mudah. Cabaran menanti di depan adalah besar tetapi se­perti dibuktikan dalam KL2017, bersama kita boleh.

Yang penting jangan robohkan perpaduan ini.

AWANG – Tahniah Malaysia

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain