Keangkuhan Penasihat DAP itu tidak boleh diterima kerana kedudukannya sebagai veteran politik yang mempunyai pengalaman luas di dalam Dewan Rakyat. Beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Adalah mustahil, Kit Siang tidak tahu peraturan.

Mengikut rekod, wakil rakyat yang sudah menjelajah ke Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor untuk bertanding pilihan raya umum (PRU) itu telah berada di Dewan Rakyat selama 10 penggal sejak tahun 1969. Ini satu tempoh yang panjang. Hanya satu penggal beliau direhatkan selepas tewas di Bukit Bendera pada 1999.

Berdasarkan rekod ‘cemerlang’ itu, beliau lebih tahu selok belok peraturan. Janganlah kerana persidangan ini sebagai yang terakhir sebelum PRU, Kit Siang bebas melakukan apa sahaja. Apa pun alasannya, institusi Dewan Rakyat perlu dihormati.

Awang tidak dapat membayangkan suasana Dewan Rak­yat sekiranya anggota lain sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang yang digantung mengikuti jejak beliau. Pada masa yang sama diharapkan Kit Siang tidak ragu-ragu memenuhi undangan MCA untuk ha­dir forum berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang malam ini.

AWANG - Tunggu lompatan PRU-14 Kit Siang.