Sebenarnya Awang pun tidak faham kenapakah perlu diwujudkan jawatan Perdana Menteri sementara itu tetapi yang jelas ia membuktikan pakatan tersebut semakin bercelaru dalam menentukan siapakah pemimpin utama mereka.

Kalaulah dalam soal memilih Perdana Menteri pun sampai ke hari ini Pakatan Harapan masih teraba-raba, bagaimanakah rak­yat boleh bergantung harapan kepada mereka untuk memerintah negara?

Awang tahu dalam pakatan tersebut berlaku’perebutan’. Ada yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ada pula yang mahukan Tun Dr.Mahathir Mohamad, malah tidak terkecuali nama Tan Sri Muhyiddin Yassin pun turut disebut-sebut.

Tetapi tidak kira siapa pun yang mahu dicadangkan atau dicalonkan oleh pakatan itu untuk menjadi Perdana Menteri, apa yang pasti semua itu hanya sekadar satu lagi mimpi indah yang cuba’didagangkan’ oleh mereka dalam usaha mencapai cita-cita memerintah negara.

Awang percaya rakyat tidak akan terpengaruh dengan mainan politik terbaru pakatan tersebut kerana kerjasama mereka bukan sahaja semakin bercelaru tetapi juga semakin merapu.

Awang – Tidak suka bermimpi.