Semua anggota perlu diperingatkan untuk bertindak secara berhemah dan profesional bagi mengelakkan sebarang implikasi yang boleh mencalar kredibiliti pasukan serta imej kerajaan.

Jika PDRM bertanggungjawab memastikan ke­selamatan awam, Jabatan Imigresen pula berperanan melancarkan proses keluar masuk warga Malaysia di pintu masuk negara terutama di Johor. Ramai pekerja Malaysia di Singapura akan turut mengundi.

Dalam situasi sekarang, agensi kerajaan sentiasa dalam perhatian. Mereka akan dijadikan sasaran sekiranya berlaku sebarang kelemahan. Justeru, jentera agensi yang berkaitan perlu bersiap siaga dari segi fizikal dan emosi yang tertinggi bagi menghadapi sebarang cabaran sepanjang proses PRU ini.

Awang ingin mengingatkan semua petugas yang berkaitan supaya tidak mewujudkan ruang yang boleh menimbulkan kesangsian masyarakat terutama pengundi. Begitu juga masyarakat dan parti politik perlu ambil tahu peraturan yang ada supaya mereka tidak mudah menuding jari mencari silap orang lain.

AWANG – Sentiasa waspada.