Begitu banyak cerita heroic sama ada yang didedahkan atau masih menjadi rahsia umum. Sebut sahaja peristiwa besar yang berkaitan keselamatan negara, pasti ada peranan penting yang dimainkan pasukan keselamatan.

Semasa Sabah diserang pengganas Kiram dari Filipina mahupun semasa rakyat kita diculik kumpulan Abu Sayyaf, ada peranan besar dimainkan secara senyap-senyap anggota keselamatan negara. Mereka bukan sahaja berperang secara terbuka tetapi juga menggadai nyawa menyusup ke kubu musuh untuk mencari maklumat risikan selain cuba meleraikan masalah.

Awang mahu merakamkan penghargaan tidak terhingga bahawa pasukan keselamatan kita memang terbukti hebat. Banyak insiden menjadi bukti termasuk kini dalam menangani pengganas Daesh.

Satu lagi kisah klasik ialah kejayaan Pasukan F yang berjuang secara rahsia membanteras pengganas komunis. Kisah mereka dalam satu operasi dikenali Op Kelisa di Mentakab, Pahang pada 1986 turut dipentaskan semasa sambutan Hari Pahlawan 2017 di Putrajaya semalam. Kisah-kisah heroic Pasukan F juga dibukukan dengan kerjasama Kumpulan Utusan.

AWANG - Teruskan berjuang pahlawan negara.