Di manakah logik akal apabila secara tiba-tiba SPR mengumumkan tarikh pilihan raya tanpa melalui proses yang sudah termaktub dalam undang-undang. Bagi mereka yang terlalu ghairah ’salin dan tampal’ akan menyebarkan berita seumpama ini yang dianggap menyeronokkan.

Jelaslah, orang kita begitu berminat dan membuang masa dengan cerita mengarut, palsu, fitnah atau khabar angin. Ba­nyak lagi laporan atau peristiwa disebarkan tanpa usul periksa termasuk apa yang berlaku di luar negara. Jika sebelum ini ada pihak yang mendakwa media arus perdana sengaja mencipta berita atau melaporkan berita palsu tetapi hari ini, di luar sana ramai yang menjadi penyebar dan pencipta berita palsu.

Simulasi oleh SPR itu sudah tentu disebarkan oleh individu yang menghadiri program berkenaan. SPR perlu bertindak supaya perkara yang sama tidak berulang di jabatan atau agensi lain sehingga menimbulkan kegemparan dalam masyarakat.

Awang percaya simulasi itu juga bukanlah sesuatu yang terlalu rahsia tetapi penyebarnnya perlu memikirkan baik buruk sebelum berkongsi dengan orang awam melalui media sosial. Niatnya mungkin untuk gurauan tetapi gurauan ada batasnya.

AWANG – Semak, periksa jadi amalan.