Kemudahan potongan gaji dan mempunyai pendapatan tetap menyebabkan pemberi pinjaman tidak gusar. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika hampir setiap pekerja mempunyai akaun ‘potongan gaji’ setiap bulan yang melibatkan pelbagai institusi kewangan. Tidak terkecuali bagi peminjam PTPTN. Kemudahan membeli barang untuk dibayar secara ansuran juga mendorong peningkatan hutang.

Bagi mengatasi masalah ini dan mengelakkan mereka diisytihar muflis atau bankrap, kakitangan awam atau swasta perlu menguruskan pendapatan mereka dengan bijak. Berbelanja mengikut keperluan atau ukur baju di badan sendiri. Jangan boros dan belanja ikut nafsu. Utamakan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang perlu khususnya melibatkan perbelanjaan keluarga.

Awang amat mengharapkan agensi pinjaman dan juga institusi kewangan lebih bertanggungjawab ketika meluluskan pinjaman. Bantulah mereka untuk menguruskan kewangan. Elakkan mempengaruhi peminjam untuk melakukan pinjaman yang tidak perlu atau menawarkan kad kredit. Amat malang jika setiap awal bulan sebahagian besar gaji habis untuk membayar hutang. Pada masa sama, elakkan juga meminjam daripada ah long.

AWANG – Pernah pinjam beli komputer.