Pihak yang mencari peluang untuk menyalahkan kerajaan akan mempersoalkan kenaikan itu. Sebaliknya pihak yang mahu menerima secara positif akan menyokong.

Kenaikan itu disebabkan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport. Jika dilihat kronologi, kenaik­an ini berlaku sebanyak tiga kali pada tahun 2010 diikuti 2011, 2012 dan 2013. Pemansuhan subsidi gula juga mendorong kenaikan.

Rakyat boleh memberi pelbagai komen. Melihat secara positif, langkah itu sama seperti menaikkan harga rokok untuk ‘kesihatan’. Rakyat perlu dididik untuk lebih berhemah menggunakan gula disebabkan meningkatnya penyakit diabetes. Penggunaan gula berlebihan juga antara faktor obesiti.

Difahamkan setiap orang di Malaysia menggunakan lebih 40 kilogram gula setahun. Malaysia juga menjadi pengimport terbesar gula mentah. Berdasarkan fakta-fakta ini, rakyat Malaysia boleh menilai sendiri baik dan buruk kenaikan harga gula ini.

Bagi Awang, apa yang menimbulkan kerisauan pengguna ialah kemungkinan harga minuman dan makanan akan naik kera­na kebanyakan peniaga dijangka mengambil kesempatan. Mereka tidak mengambil peluang untuk sama-sama mendidik pengguna supaya mengurangkan penggunaan gula.

AWANG – Sudah lama kurangkan gula