Kalau diteliti titah baginda semalam, terbukti baginda benar-benar murka dengan tindakan Sivarasa. Tegas baginda; “Ahli Parlimen Subang Sivarasa, you have cross the line.” Oleh itu Awang berharap Sivarasa atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali jangan berdolak-dalik lagi.

Apa yang dilakukan oleh Sivarasa telah melanggar titah baginda, justeru mereka perlu bertanggungjawab dan bukannya cuba memberi seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ tindakan Ahli Parlimen Subang tersebut.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di Selangor dan melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Insiden sama pernah terjadi beberapa kali sebelum ini dan Sultan Selangor juga telah memberi teguran.

Atas sebab itu, tidak mungkinlah pemimpin parti-parti berke­naan masih tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham! Disebabkan mereka susah sangat nak faham maka mereka juga perlu memahami jika ada tindakan terpaksa diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

AWANG – Sudah lama faham perangai pembangkang.