Lebih menimbulkan persoalan bagaimanakah Jabatan Per­khidmatan Awam (JPA) boleh meluluskan permohonan kementerian tersebut dalam perkara berkenaan.

Awang tidak mahu mengaitkannya dengan politik tetapi apa yang menimbulkan persoalan kenapakah tindakan itu dilakukan. Tambahan pula, ia bukannya melibatkan syarat pelajar perubatan wajib mendapat kepujian sebaliknya hanya lulus sahaja.

Terlalu banyak andaian yang Awang dengar sebaik sahaja keputusan Kementerian Kesihatan itu didedahkan kepada umum. Namun atas apa alasan pun Awang berpendapat ini bukanlah tindakan yang bijak.

Oleh itu demi memastikan bahasa Melayu tidak terus diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya Awang senada dengan desakan pelbagai pihak supaya keputusan itu dibatalkan.
 Awang yakin kerajaan prihatin dan mendengar suara rakyat, janganlah kerana mahu memberikan keselesaan kepada sekelompok kecil maka martabat bahasa Melayu dilihat digadaikan.

Justeru Awang berharap Kementerian Kesihatan dan JPA akan mengkaji semula keputusan yang dibuat, lagipun Awang percaya pelajar-pelajar terlibat tidak ada masalah dengan syarat sebelum ini kerana mereka semua warga Malaysia.

AWANG – Tahu yang tersirat.