Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 3 JANUARI 2017

Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 bagi kebanyakan negeri. Hari ini juga ramai yang sudah kembali bekerja semula setelah mengambil cuti hujung tahun. Keadaan lalu lintas akan menjadi sibuk seperti biasa pada waktu pagi berbanding pada cuti persekolahan lalu.

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk kepada ibu bapa yang anak-anaknya berada di tahun satu. Ramai yang akan mengambil cuti untuk beberapa hari atau kerja setengah hari untuk menghantar dan menunggu anak mereka di sekolah.

Namun Awang percaya, proses melepaskan anak tahun satu ke sekolah untuk mereka berdikari tanpa perlu diperhatikan oleh ibu bapa kini menjadi lebih mudah memandangkan kebanyakan anak-anak sudah biasa dengan prasekolah.

Pun begitu, Awang juga faham dengan situasi para guru yang bukan sahaja sibuk mengendalikan anak-anak ini pada hari pertama persekolahan tetapi pada masa sama turut berhadapan dengan kerenah segelintir ibu bapa yang seolah-olah berat untuk melepaskan anak-anak mereka selain bertanyakan itu dan ini.

Maka, Awang berharap para ibu bapa berilah ruang kepada guru-guru ini untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar dan pada masa sama, biarlah anak-anak merasai sendiri pengalaman pada hari pertama bersekolah dengan kawan-kawan sebaya lain tanpa ‘gangguan’. Mereka pasti akan cepat bercampur.

AWANG - Selamat kembali ke sekolah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain