Tetapi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan mereka menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang untuk saringan, mereka menolak ‘mentah-mentah’.

Dengan nada angkuh ketika menolak syor SPRM itu, mereka mempersoalkan hak SPRM untuk berbuat demikian sedangkan apa yang dilakukan oleh agensi tersebut bertujuan bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar bersih sahaja bertan­ding.

Bagaimanapun niat baik SPRM telah dipandang serong. Hujah Awang mudah, kalau merasakan mereka mempunyai pemimpin atau bakal calon yang bersih kenapa takut untuk menerima syor SPRM tersebut?

Lagipun rakyat berhak mengetahui seseorang calon itu bersih atau tidak. Ini memandangkan jika SPRM bertindak ke atas calon yang menang selepas mendapati ia mempunyai masalah rasuah atau salah guna, rakyat juga terpaksa mengundi sekali lagi. Oleh itu, terimalah syor SPRM, jika benar-benar pembangkang telus.

AWANG - Mahu calon bersih.