Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 29 OGOS 2017

ANGKA keramat itu tiba jua. Mengambil kira kedudukan pi­ngat, angka 101 kutipan pingat yang dicapai petang semalam sudah mencukupi untuk Malaysia muncul juara Sukan SEA 2017 (KL2017).

Sasaran itu dicapai sebelum KL2017 melabuhkan tirainya esok. Lebih manis, negara juga melepasi sasaran 111 pingat emas.

Sejak dari awal kempen KL2017, Awang dapat rasakan sema­ngat membara itu. Daripada kesungguhan kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, para atlet sehinggalah rakyat Malaysia yang menjayakan larian obor ke seluruh pelosok negara.

Di mana juga venue tempat pertarungan, di situ terlihat semangat juang yang tinggi para atlet selain sokongan padu tidak berbelah-bahagi rakyat Malaysia.

Tanpa mahu menjejaskan kegembiraan ini, Awang ajukan pertanyaan bila lagi Malaysia boleh muncul juara. Kali pertama dan terakhir Malaysia muncul juara ialah pada 2001, juga semasa menjadi tuan rumah.

Alangkah gahnya jika kita mampu menjadi juara di negara orang. Umpamanya di Filipina pada 2019 nanti. Tempat bukan lagi alasan kerana sudah terbukti atlet Malaysia ada merit malah kebanyakannya bertaraf dunia.

AWANG – Menanti detik manis di Filipina.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain