Tidak keterlaluan jika dikatakan, orang Melayu telah dijadikan `kambing hitam’. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Semua ini disebabkan sikap gopoh dan tidak berhati-hati pihak-pihak berkenaan menyelesaikan pertikaian. Tindakan seumpama ini amat berbahaya kerana akhirnya boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Insiden ini dapat dielakkan jika pihak yang terlibat dalam pertikaian ini dapat duduk bersama di meja perundingan serta mematuhi proses pengambil alihan mengikut peruntukan undang-undang. Hormatilah keputusan mahkamah.

Diharapkan, mereka yang menjadi dalang sehingga mencetuskan isu ini dikenakan tindakan yang tegas. Tidak ada kompromi berhubung isu ini. Semoga penjelasan kerajaan dapat mententeramkan keadaan yang kacau bilau sejak beberapa hari lalu.

Awang amat berharap tidak timbul lagi perasaan dendam atau syak wasangka sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum. Hentikan spekulasi atau tindakan provokatif berunsur fitnah. Semoga isu ini dapat dijadikan iktibar kerana banyak yang sudah ‘terluka’ dan ‘tercabar’ disebabkan perhitungan yang silap oleh pihak-pihak berkenaan.

AWANG - Tenang buat keputusan.