Mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk masuk menyia­sat setelah ketirisan berlaku ‘berakar umbi’ sejak bertahun-tahun tidak cukup.

Ini kerana bukan sedikit belanja diperuntukkan. Bajet 2018 sahaja memperuntukkan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.

Ini termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

Jika tiada mekanisme atau kaedah terbaik menyalurkan peruntukan baja subsidi, dibimbangi kegiatan sindiket menjual baja ini terus bermaharajalela.

Tangkapan suspek-suspek yang terlibat dalam penyelewe­ngan skim baja tempoh hari mengejutkan. Ini sehinggakan boleh mengaut keuntungan beratus ribu ringgit dan boleh pakai kereta mewah lagi dengan baja dijual pada orang tengah serendah RM10 sekampit.

AWANG – Beri pada yang berhak.