Begitulah telatah serta adab yang dipertontonkan kepada khala­yak. Mungkin di negara lain pun sama atau lebih teruk tetapi perlukah kita mencontohi apa yang tidak baik? Amat malang apabila ada juga suara yang memberi gelaran tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Inikah suasana yang ingin diwujudkan?

Adalah lebih baik jika mereka yang diberi peluang dapat berbahas tanpa gangguan. Akibatnya banyak masa yang terbuang. Pada satu ketika anggota Dewan diperingatkan bahawa ada pelawat sedang mengikuti persidangan itu tetapi hakikatnya dunia menyaksikannya.

Syukurlah usul itu akhirnya diluluskan. Diharapkan persempadanan selepas 15 tahun tanpa perubahan itu dapat membantu wakil rakyat memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Pindaan dan perubahan itu dibuat berdasarkan topografi dan demografi serta berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Awang percaya, ia tidak bermotifkan politik atau berpihak kepada parti pemerintah. Lihat sahaja persempadanan pada 2003 yang digunakan untuk tiga pilihan raya umum. Jika ia berlandaskan kepen­tingan politik, bagaimana pembangkang mampu menguasai beberapa negeri dan menang besar pada 2008 dan 2013?

AWANG – Kekal mengundi di kawasan lama.