Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 29 MAC 2017

AWANG lega apabila 82 peratus projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 telah siap dilaksana­kan sehingga 15 Mac lepas. Bagi tujuan itu, sebanyak RM72.26 bilion diperuntukkan. Projek berkenaan termasuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh ke Semantan dan penyambungan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari Sri Peta­ling dan Kelana Jaya ke Putra Heights.

Tidak ketinggalan pembinaan rumah mampu milik, membina dan membaiki sekolah, kemudahan perubatan dan meningkatkan kemudahan infrastruktur. Banyak lagi yang sedang dilakukan oleh kerajaan seperti dijanjikan pada tahun 2013 itu.

Pelaksanaan projek berkenaan membuktikan bahawa apa yang dijanjikan bukan sekadar janji pilihan raya sebaliknya dilaksanakan sesuai dengan slogan janji ditepati. Diharapkan kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan AKP itu berjalan lancar termasuk inisiatif berkaitan menangani kos sara hidup.

Di samping janji-janji yang dibuat semasa PRU lalu, kita yakin kerajaan yang prihatin juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Bagi Awang, tidak ada gunanya sekadar menabur pelbagai janji hanya untuk memenangi pilihan raya. Kata orang cakap tidak serupa bikin. Janji biarlah berpatutan dengan keupayaan supaya pelaksanaannya menjadi kenyataan, bukannya berakhir dengan pelbagai alasan apabila tidak mampu dilaksanakan.

AWANG - Janji kepada pembaca.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain