Rekod Alam Flora Sdn. Bhd., menunjukkan dalam tempoh 10 hari pertama bulan Syawal, lebih 22,000 tan metrik sisa domestik, pukal dan kebun dikutip di tiga kawasan perkhidmatannya iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Daripada jumlah itu, hampir 70 peratus adalah sisa makanan. Jumlah ini dijangka meningkat apabila lebih banyak rumah terbuka berlangsung pada hujung minggu ini.

Bantulah mengelakkan pembaziran dengan mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui). Salah satu yang dicadangkan ia menggunakan pinggan mangkuk yang boleh dibasuh dan digunakan semula.

Tidak dinafikan, lebih ramai yang gemar menggunakan pinggan mangkuk pakai buang. Alasannya, ia lebih cepat, mudah, tidak ada ‘tukang basuh’ atau mahu menjimatkan air.

Awang sedar, amat sukar mendidik dan menimbulkan keseda­ran masyarakat. Ada sahaja alasan. Sesuatu perlu dilakukan supaya masyarakat tahu peranan mereka untuk membantu me­ngurangkan sampah teruama sisa makanan. Sediakan makanan secukupnya, biar kurang tetapi boleh ditambah, bukan berlebihan.

AWANG – Banyak undangan kenduri.