Alasan yang diberi tidak dapat diterima dan boleh memberi kesan buruk. Kumpulan ini tidak perlu mengajak orang lain untuk menunjukkan tanda protes kecualilah mereka bukan bertaraf pengundi kerana belum mendaftar. Amat malang jika golongan muda yang mungkin pertama kali akan mengundi terpengaruh dengan idea tersebut.

Memilih pemimpin melalui pengundian adalah satu amanah dan perlu ditunaikan. Inilah kaedah untuk menentukan kepe­mimpinan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Mungkin pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan ini yang dilihat boleh menjejaskan proses demokrasi negara.

Pada masa sama berkaitan dengan pilihan raya, parti politik pakatan pembangkang pula cuba mengheret negara luar untuk memantau PRU di negara ini.

Awang percaya, mereka yang berada di pihak pembangkang juga sebenarnya sudah berpengalaman. Mereka juga dalam kala­ngan yang pernah mempertahankan sistem PRU negara. Justeru tidak sepatutnya timbul keraguan. Adakah sistem PRU kita silap apabila pembangkang juga boleh menguasai negeri-negeri yang sebelum ini di­terajui kerajaan pemerintah? Tidak perlu buang masa menjemput pemantau antarabangsa untuk edisi ke-14 ini.

AWANG – Tetap keluar mengundi.