Sememangnya sejak awal lagi, Awang sentiasa berpendapat bahawa semua ahli politik perlu mengamalkan politik matang dan bukannya politik kebencian.

Sebab itulah, dalam tindak-tanduk mereka, ahli-ahli politik ini perlu berhati-hati. Apabila berhujah ia harus disampaikan berdasarkan kepada fakta dan bukannya emosi. Jangan meracuni fikiran rakyat dengan pembohongan dan fitnah semata-mata mahu meraih keuntungan politik.

Seperti mana kata Salleh tidak perlu ahli politik mencarut, sebaliknya tumpukan perhatian kepada hala tuju perjuangan parti dan kalaupun mahu mengkritik biarlah ia dilakukan secara berhemah.

Oleh itu, Awang berharap semua ahli politik pembangkang akan lebih matang berpolitik dan tidak menggunakan tindakan memualkan dalam usaha untuk menang dalam pilihan raya.

AWANG - Tolak politik kebencian.