Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 28 OGOS 2017

SEMENTARA - Awang bersyukur atas kejayaan pasukan bola sepak negara melayakkan diri ke perlawanan akhir esok, namun Awang masih terganggu membaca laporan berhubung kejadian letupan mercun yang dilontarkan dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir, kelmarin.

Sepatutnya kejadian seumpama itu tidak berlaku kerana ia bukan sahaja boleh mencemar imej negara tetapi juga boleh mengundang bahaya kepada penonton. Oleh itu Awang berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan rapi berhubung perbuatan tersebut.

Walaupun Awang percaya pihak polis sudah melakukan segala yang terdaya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, tetapi apa yang berlaku harus dipandang serius supaya ia tidak berulang dalam perlawanan akhir menentang Thailand nanti.

Kita tidak mahu sebarang insiden yang boleh mencemarkan nama baik Malaysia sebagai tuan rumah. Sukan adalah bidang untuk mengeratkan persahabatan antara negara-negara ASEAN yang bertanding dan bukannya medan mencetuskan permusuhan.

Oleh itu Awang berharap ribuan penyokong Malaysia yang akan memenuhi Stadium Shah Alam menjaga disiplin mereka dan pada masa sama Awang mahu tindakan tegas diambil ke atas mana-mana juga individu yang cuba menjadi ‘samseng’ bola sepak.

AWANG - Tidak suka bergaduh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain