Kenyataan itu sudah tentu menggembirakan 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji yang sebelum ini dikatakan perlu menunggu sehingga 102 tahun untuk melaksanakan ibadah ber­kenaan berikutan kuota haji Malaysia dikurangkan.

Tetapi sekarang berikutan penambahan kuota haji kepada 30,200 orang tahun ini berbanding 27,900 orang tahun lalu, maka tempoh menunggu pun dapat dipendekkan. Awang percaya ramai yang bersyukur dengan berita ini.

Ini memandangkan sebelum ini, secara logik akalnya mereka menganggap tempoh menunggu yang ditetapkan ibarat memusnahkan impian untuk melaksanakan Rukun Islam kelima itu. Jangan kita lupa, penambahan kuota ini adalah hasil kejayaan ­kerajaan berunding dengan kerajaan Arab Saudi.

Oleh itu, kepada seluruh pendeposit Tabung Haji, hargailah usaha kerajaan. Janganlah membuat tindakan bodoh mengeluarkan simpanan di agensi itu kerana terpedaya dengan dakyah pembangkang. Berdoalah agar kita diberi kesempatan menjadi tetamu Allah.

AWANG - Mahu ke tanah suci lagi.