Sebenarnya atas alasan apa sekali pun DoJ tidak boleh berlagak seolah-olah mahu tunjuk kuasa dengan bertindak sendirian tanpa membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat sebarang keterangan atau maklumat.

Sejak awal lagi, Awang sudah tertanya-tanya motif DoJ menjalankan siasatan terhadap apa yang diuar-uarkan sebagai skandal 1MDB dan benarkah apa yang dilakukan oleh jabatan tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa ada rakyat negara ini menjadi dalang?

Berdasarkan perkembangan yang berlaku, Awang bersetuju dengan gesaan pelbagai pihak yang mahu siasatan rapi dijalankan bagi memastikan kelompok yang bersedia menjadi ‘tali barut’ kepada DoJ diambil tindakan.

Apa yang mereka lakukan bukan perkara kecil. Kalau pun mahu mencari pengaruh atau menjayakan agenda politik ja­nganlah sampai menjemput negara asing untuk campur ta­ngan dalam urusan negara ini.

AWANG – Boleh agak siapa dalang.