Semalam, dua lelaki Nigeria ditahan setelah dipercayai me­nipu seorang wanita warga emas Amerika Syarikat sejumlah RM2 juta. Apa yang mendukacitakan, sindiket ini berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh warganegara asing yang menetap di sini selama enam tahun. Mereka dikatakan pelajar kolej swasta. Secara tidak langsung penglibatan warga asing di negara ini dengan ke­giatan itu boleh menjejaskan nama baik Malaysia.

Ini bukan kali pertama warganegara berkenaan terlibat dalam sindiket seumpama ini. Pada masa yang sama, ada juga rakyat tempatan yang bersubahat dengan sindiket ini sebagai ‘keldai akaun’ bagi membantu warga asing itu mengguna akaun mereka memperdaya wanita tempatan.

Di manakah silapnya? Adakah undang-undang negara ini terlalu lemah. Hukuman juga tidak mampu menginsafkan sindiket?

Awang masih ingat, dua tahun lalu, sindiket yang serupa melibatkan 18 warga Nigeria ditumpaskan. Mereka juga adalah pelajar kolej swasta. Sesuatu harus dilakukan supaya kemasukan mereka ini benar-benar untuk belajar. Jangan dibiarkan berselindung di sebalik pelajar dan menjadikan Malaysia pusat kegiatan ini.

AWANG - Hati-hati individu tidak dikenali.