Awang anggap kes ini sebagai orang lemah melawan yang kuat. Pemandu lori, kumpulan rakyat kecil melawan sekumpulan orang yang ada kuasa dan sanggup melakukan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

Punca masalahnya kecil. Lori yang dipandunya terlanggar sebuah kereta mewah sehingga nombor pendaftaran tertanggal. Tetapi ­balasannya, pemandu lori itu dibelasah secara berterusan walaupun telah rebah.

Mungkin sebab itu, insiden ini yang tular di media sosial mendapat perhatian besar masyarakat. Pelbagai badan bukan kerajaan ­kemudian mengadakan bantahan umum mendesak agar kes itu di­selesaikan secara undang-undang.

Kes main hukum sendiri ini seharusnya menjadi pengajaran kepada orang lain. Dalam hidup bermasyarakat, insiden sebegini sama sekali tidak boleh dibenarkan berlaku.

AWANG – Orang kecil