Ibarat melentur buluh dari rebung, langkah itu dapat mem­­­­­­­­­­­­­­­­­ba­n­tu menyebarkan mesej anti rasuah bermula di peringkat sekolah rendah. Langkah itu susulan pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang melibatkan golongan berusia 18 tahun ke atas pada tahun lepas.

Program seumpama ini amat penting supaya negara dapat melahirkan generasi yang benci rasuah terutama ketika mereka mula memasuki alam pekerjaan. Sebenarnya, sejak di bangku sekolah, kesedaran mengenai rasuah ini didedahkan secara tidak langsung. Banyak andaian, peribahasa atau yang berkaitan dengannya dapat dibaca melalui buku teks.

Mungkin penjelasannya tidak menyeluruh. Contohnya duit kopi, makan suap, tumbuk rusuk dan pintu belakang. Semuanya berkaitan dengan memberi, menerima sesuatu termasuk wang secara salah. Diharapkan, melalui program ini, kesedaran generasi muda terhadap gejala rasuah akan meningkat.

Awang amat berharap, semua pihak memberi kerjasama bagi mendidik anak-anak ini memahami maksud rasuah. Pupuklah kesedaran bahawa sogokan hanya untuk kesenangan sementara sama ada bagi penerima atau pemberi. Risiko lebih besar apabila hasil sogokan itu boleh memudaratkan orang lain. Terapkan juga kesedaran melalui hukum agama.

AWANG – Masuk ikut pintu depan.