Terimalah teguran secara terbuka kerana semua ini adalah untuk kebaikan bersama terutama kepada golongan bukan perokok yang menjalankan pelbagai aktiviti di taman awam lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Jangan cemarkan kesegaran taman awam dengan asap rokok yang boleh mengganggu keselesaan.

Diharapkan risalah dan amaran bertulis yang akan diberikan kepada pengunjung yang melanggar peraturan ini dapat mendi­dik mereka sebelum dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini. Tempoh dua bulan ini adalah mencukupi untuk memberi peluang kepada pe­rokok membiasakan diri untuk tidak merokok ketika mengun­jungi taman awam atau rekreasi.

Dalam menguatkuasakan peraturan ini, Awang berharap, kekangan kakitangan tidak akan menjejaskan usaha mendidik pe­ngunjung taman awam. Semua agensi berkaitan perlu digerakkan supaya larangan itu tidak hanya menjadi peraturan di atas kertas.

Kepada perokok, ingatlah, jangan disebabkan ketagihan sebatang rokok, anda terdedah kepada denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Semoga peraturan ini akan me­nyedarkan perokok bahawa merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain.

AWANG - Tidak pernah merokok.